Selasa, 14 Ogos 2012

Hijabista - Green Leaders.....!!

our mentor n leaders masuk majalah...!! yeaayyy!!!
Hijabista Sept issue



wanna be like them...?

loves
Sue Zulkifli
012-2211740

Sabtu, 11 Ogos 2012

Cancer risk: Prevention is Better than Cure

Salam Ramadhan ....

Hari ni dh hari ke 21 umat Islam berpuasa....
Harap semuanya dpt menempuhi Ramadhan dengan penuh keberkatan...

ok...hari ni Sue nk share ckit psl kanser...

Ape itu kanser....??


Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ianya boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Kalau sebut sahaja penyakit Kanser kita mesti tahu ianya adalah penyakit yang amat merbahaya dan ditakuti oleh semua orang, sekiranya tidak dicegah dan dirawat pasti akan merebak dan mengundang maut pada mereka yang menghidapinya..jadi bermula dengan diri kita sendiri kena ada inisiatif untuk mencegah tubuh badan kita ketika diperingkat awal lagi bagi menggelak ianya berlaku. Ramai dikalangan pesakit kanser yang membuat rawatan awal berjaya disembuhkan. So ungkapan Prevent is Better than cure memang sangat tepat sebelum penyakit tersebut menghantui diri kita. Awal-awal lagi buat monthly check up pasti penyakit tersebut dapat dicegah. Selain daripada check up dengan pemakaian Premium Beautiful Corset juga boleh merawat kanser tau! pakai PB corset ni adalah salah satu inisiatif dari kita sendiri untuk prevent dari penyakit kanser ni tau.

Selain nak cantik dan ramping memang Sue pakai Premium Beautiful corset ni untuk jaga kesihatan Sue juga. Bagi Sue memang tak rugi sesiapa yang melabur banyak semata-mata nak dapatkan Premium beautiful corset ni yang sememangnya direkabentuk 70% adalah untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan. Ianya adalah gabungan teknologi dari 4 buah negara maju seperti Jepun, US, Jerman & Taiwan. Dalam masa yang sama kecantikan kita dapat..kesihatan pun terjaga so memang sangat-sangat beruntung dan bertuahlah sesiapa yang dah berjaya memilikki satu set Premium Beautiful buat diri sendiri..

Premium Beautiful Corset ni mampu mencegah kanser diperingkat awal kerana fabric yang digunakan bagi membuat Premium Beautiful Corset itu sendiri  mengandungi Teknologi FIR (Far Infrared Rays). FIR ini mampu mencegah sel barah dengan:-

1. Membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh
2. Menuetralkan virus dan memperkuatkan proses terapi barah.
3. Mengaktifkan pengaliran darah keseluruh badan.
4. Detoktifikasi sel-sel barah.
5. Mengembangkan kapilari darah & membantutkan pembiakan sel  
    barah.
6. Mematikan Sel barah dengan terapi pemanasan badan. ini kerana sel  barah akan mati pada suhu badan 42'C. dimana PB corset kan 
menghasilkan suhu badan yang panas sentiasa.


Virus kanser


InsyaAllah, dengan izin Allah SWT kita mampu mencegah tubuh badan kita daripada menghidapi penyakit kanser ini. Ameen (^___^)

credit to www.sharulain.com 
Sue Zulkifli 
012-2211740

Doa Malam Lailatul Qadar


loves
Sue Zulkifli

Rabu, 8 Ogos 2012

kelebihan malam 10 terakhir Ramadan

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
* Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
* Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
*  Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
*  Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

*  Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
* Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
* Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
* Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat.
 Sue Zulkifli